Buletin
Ketahui berita dan hebahan terbaru dari KOSWIP
6 OKTOBER 2025
KOSWIP melalui kerjasama bersama KOSNITA telah menjayakan program Ziarah Amal Kasih Mesra bertempat di Taman Sinar Harapan, Ziyad Zolkefli, Cheras.
Program ini diadakan bertujuan menyampaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada warga Taman Sinar Harapan di samping mengeratkan ukhuwah antara KOSWIP, KOSNITA dan komuniti setempat. Ucapan bagi pihak KOSWIP telah disampaikan oleh Pn. Hjh Zuraida bt Mat Yusof, wakil Anggota Lembaga KOSWIP.
Turut hadir memeriahkan program ialah Hj. Mohamad Akhir bin Abdul Rahman dan Hj. Abu Zelan bin Manaf, bersama warga KOSNITA KOSWIP. Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk senam seni, pertandingan mewarna serta penyampaian sumbangan kasih kepada penghuni Taman Sinar Harapan.
Program berakhir dengan suasana penuh ceria dan semangat kebersamaan.
#KOSWIP
#koswiptransformasiberinovasi
#koswipno1selangor
OUR THINGS
Long years ago, you have to wear two sets of eye glasses, then doctors discovered the lens at the bifocal eye-glasses, then recently they do the same thing.
OUR THINGS
Parties and family gatherings are popular this time of year. Whether you’re celebrating an anniversary, a birthday, graduation, a holiday or the start.
1 OKTOBER 2025
ASSALAMUALAIKUM / SALAM SEJAHTERA
DIMAKLUMKAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN PENDIDIKAN / DERMASISWA 2025 AKAN DIEDARKAN PADA :
TARIKH MULA :
1 OKTOBER 2025 (RABU)
TARIKH TUTUP :
31 OKTOBER 2025 (JUMAAT)
FACEBOOK KOSWIP :
Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
dan juga melalui pengerusi setiausaha kawasan dan ibu pejabat KOSWIP serta cawangan Putrajaya.
Borang boleh dihantar terus ke ibu pejabat atau cawangan Putrajaya atau email kepada kami :
koswip@gmail.com
Link borang
https://www.koswip.com.my/wp-content/uploads/2025/10/BORANG-BANTUAN-PENDIDIKAN-2025.pdf
Terima kasih
#KOSWIP
#koswiptransformasiberinovasi
#koswipno1selangor
OUR THINGS
Long years ago, you have to wear two sets of eye glasses, then doctors discovered the lens at the bifocal eye-glasses, then recently they do the same thing.
OUR THINGS
Parties and family gatherings are popular this time of year. Whether you’re celebrating an anniversary, a birthday, graduation, a holiday or the start.
24 SEPTEMBER 2025
Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA) telah mengadakan kunjung hormat ke Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad pada hari ini. Wakil KOPSYA diketuai oleh Hajah Riguan binti Rashidi, Anggota Lembaga Koperasi, bersama Hajah Fatimah Nurhaliza binti Mohd Hatta, Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Nasharuddin bin Abdul, Pengurus Kanan serta Puan Siti Nordiyana binti Osman, Eksekutif.
Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi KOSWIP , Dato’ Khairul Walid bin Mohamed, bersama Anggota Lembaga dan pihak pengurusan. Pertemuan ini membuka ruang perbincangan yang konstruktif dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala, selain menjajarkan peluang kerjasama strategik antara KOSWIP dan KOPSYA.
Melalui kunjungan ini, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk mempertingkatkan jaringan kerjasama koperasi berasaskan prinsip syariah, demi manfaat anggota serta pembangunan anggota secara menyeluruh.
Di akhir pertemuan, wakil KOPSYA turut menerima cenderamata kenang-kenangan yang telah disampaikan oleh Dato’ Pengerusi KOSWIP sebagai tanda penghargaan.
#KOSWIP
#koswipno1selangor
#koswipno1selangor
OUR THINGS
Long years ago, you have to wear two sets of eye glasses, then doctors discovered the lens at the bifocal eye-glasses, then recently they do the same thing.
OUR THINGS
Parties and family gatherings are popular this time of year. Whether you’re celebrating an anniversary, a birthday, graduation, a holiday or the start.
2 SEPTEMBER 2025
Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad telah mengadakan kunjungan hormat ke Wisma Bernama hari ini dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta mempererat hubungan ukhwah dengan pihak media nasional. Kunjungan tersebut disambut mesra oleh Azlan Bin Idris, Ketua Radio Bernama Radio, bersama pasukan editorial. Pertemuan berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kekeluargaan, sekaligus mencerminkan keakraban antara institusi koperasi dan media arus perdana.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan serta pendapat mengenai pelbagai isu semasa, khususnya peranan media dalam menyebarluaskan maklumat mengenai agenda koperasi, literasi kewangan, serta pembangunan masyarakat.
Pengerusi KOSWIP, Datuk Khairul Walid Mohamed, menegaskan bahawa hubungan erat bersama media adalah kunci kepada penyebaran maklumat yang tepat, selain dapat memperkukuh jenama KOSWIP di mata masyarakat.
“Kunjungan ini bukan sahaja mengeratkan jalinan mesra, tetapi juga membuka ruang kolaborasi yang lebih luas pada masa hadapan. KOSWIP sentiasa komited untuk menjadi koperasi progresif dan inovatif, seiring dengan aspirasi negara,” ujarnya. Turut bersama mengiringi Pengerusi dalam kunjungan ini ialah En. Razak bin Jali dan En. Ruslan bin Alias selaku Anggota Lembaga KOSWIP, En. Zaidi bin Sudin sebagai wakil dari Kawasan 13, serta En. Roslan bin Nasir yang mewakili pihak pengurusan KOSWIP. Pertemuan ini menandakan langkah positif ke arah memperkukuh hubungan strategik antara KOSWIP dan Bernama, yang diyakini mampu memberi manfaat besar kepada anggota koperasi serta masyarakat umum.
#KOSWIP
#koswipno1selangor
#koswiptransformasiberinovasi
#BernamaRadio
OUR THINGS
Long years ago, you have to wear two sets of eye glasses, then doctors discovered the lens at the bifocal eye-glasses, then recently they do the same thing.
OUR THINGS
Parties and family gatherings are popular this time of year. Whether you’re celebrating an anniversary, a birthday, graduation, a holiday or the start.
17 OGOS 2025
Selesai sudah siri Taklimat Anggota Lembaga bersama Perwakilan Kawasan yang telah berlangsung selama 5 sesi penuh manfaat. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengerusi KOSWIP, Dato' Khairul Walid bin Mohamed, yang menekankan tentang peranan, kelebihan dan keistimewaan KOSWIP kepada semua perwakilan.
Melalui program ini, perwakilan kawasan bukan sahaja didedahkan dengan maklumat terkini mengenai hala tuju dan pencapaian KOSWIP, tetapi turut berpeluang berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing — menjadikan sesi ini sangat bermakna dan interaktif.
Dengan adanya program seperti ini, ia bukan sahaja menambah ilmu, malah memperkukuh hubungan antara perwakilan di seluruh kawasan dengan pertukaran pendapat dan idea.
Diharapkan program sebegini tidak terhenti di sini, malah dapat diteruskan dan diperluas lagi pada masa akan datang demi memperkasakan lagi peranan semua perwakilan KOSWIP.
#KOSWIP
#koswipno1selangor
#koswiptransformasiberinovasi
OUR THINGS
Long years ago, you have to wear two sets of eye glasses, then doctors discovered the lens at the bifocal eye-glasses, then recently they do the same thing.
OUR THINGS
Parties and family gatherings are popular this time of year. Whether you’re celebrating an anniversary, a birthday, graduation, a holiday or the start.
Blok A -01-01 & A-01-02
Pantai Business Center
Jalan Pantai Baharu
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2201 0009
Fax : 03 2201 3312
Waktu Pejabat
Isnin - Jumaat
9 Pagi - 5 Petang