Pengenalan

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad

Ucapan Pengerusi

Salam Sejahtera, salam 1 Malaysia, salam koperasi KOSWIP kepada tuan-puan yang di hormati sekalian.

Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad merupakan koperasi yang telah sedia bertapak lama sejak 1924 didaftarkan dengan nombor pendaftaran 4 yang menjelaskan kedudukan pendaftaran awal berbanding dengan banyak lagi koperasi yang wujud selepas itu.

Koperasi KOSWIP berasaskan koperasi pinjaman Kredit telah banyak menyumbang jasanya kepada keseluruhan ahli-ahli nya yang terdiri dari kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang layak dan berkemampuan mencarum modal yuran dan saham atas individu itu sendiri dalam bentuk tabungan masa depan disamping menerima lain-lain kemudahan termasuk kemudahan pinjaman kewangan dari koperasi ini.

Koperasi terus beroperasi dengan pelbagai tawaran kemudahan pinjaman dengan skim-skim pinjaman Bai-Al Innah, Pinjaman Murabahah dan Pinjaman Al-Qadul Hasan dengan bayaran balik secara ansuran pada kadar keuntungan yang rendah.

KOSWIP Era Baru telah melaksanakan tanggung jawab yang diharapkan kepada ahli-ahli dengan perolehan keuntungan tahunan dan pulangan bayaran dividen dinikmati oleh ahli-ahli yang mencarum melalui modal yuran dan saham. Pulangan kepada ahli melalui dividen dan pengagihan peruntukan selainnya seperti peruntukan dermasiswa dan pendidikan kepada anak-anak ahli , pengagihan zakat perniagaan, bantuan kebajikan dan khairat kematian adalah diantara pengagihan keuntungan tahunan dari perolehan pelbagai keuntungan perniagaan koperasi KOSWIP.


Pelbagai strategi dirancang agar KOSWIP terus berdaya saing dalam bidang perniagaan. Teknologi masa kini serta Laman Web Koswip berwajah baru kini diberi nafas baru untuk lebih dinamik dan mesra pelanggan memberikan manafaat dengan maklumat-maklumat dan rujukan, juga membolehkan urusan pinjaman ahli-ahli KOSWIP dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.


Pengurusan yang cekap serta mudah cara dalam berurusan dengan KOSWIP dikekalkan serta ditambah baik dari semasa kesemasa dan barisan Anggota Lembaga Pengarah secara konsistan memainkan peranan penting dengan urusan tadbir urus oleh pengurusan serta kakitangan yang cekap menjadikan KOSWIP begitu unggul serta diperakui dengan kecemerlangannya di semua peringkat. Anugerah sebagai Koperasi Kredit terbaik di Negeri Selangor serta tempat ke -11 diperingkat Kebangsaan bagi tahun 2020-2021 merupakan puncak kebanggaan dikalangan ahli-ahli Koperasi Koswip keseluruhannya.


Koswip adalah koperasi kebanggaan kita semua dan Selamat Maju Jaya KOSWIP Era Baru menuju kejayaan masa depan cemerlang.


Kata-kata yang boleh direnungkan : “ Perubahan adalah merupakan syarat untuk mencapai kemajuan. Walaupun kemajuan itu sendiri tidak menjamin untuk mencapai kemajuan….”

Mas’ud Husain

Pengerusi


Koperasi KOSWIP

Blok A -01-01 & A-01-02

Pantai Business Center

Jalan Pantai Baharu

59200 Kuala Lumpur

Tel : 03 2201 0009

Fax : 03 2201 3312

Waktu Pejabat

Isnin – Jumaat

9 Pagi – 5 Petang

Cawangan Putrajaya

A-01-U08,

Jalan P8D

62250 Presint 8

Putrajaya

Tel : 03 8888 4011

Fax : 03 8888 4022