Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad berperanan sebagai sebuah badan koperasi yang komited dalam membangunkan individu berprestasi tinggi ke arah pertumbuhan yang mampan serta berdaya saing. KOSWIP sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dan cabaran semasa bagi memastikan kemajuan organisasi dan kesejahteraan anggota terus terpelihara.
KOSWIP menitikberatkan nilai tambah terhadap kualiti perkhidmatan sebagai usaha berterusan untuk memupuk kemakmuran bersama dalam kalangan anggota. Kami berpegang teguh kepada prinsip koperasi yang berasaskan nilai-nilai demokrasi, kesaksamaan, perpaduan serta etika kejujuran, keterbukaan, tanggungjawab sosial dan semangat kasih sayang sesama insan.
Blok A -01-01 & A-01-02
Pantai Business Center
Jalan Pantai Baharu
59200 Kuala Lumpur
Tel : 03 2201 0009
Fax : 03 2201 3312
Waktu Pejabat
Isnin - Jumaat
9 Pagi - 5 Petang